Categories: Berita

Suzuki Malaysia akan lancar tiga model 150cc pada 10 Mac

SUZUKI MALAYSIA AKAN LANCAR GSX-R150, GSX-S150 DAN RAIDER R150 FI KHAMIS INI, 10 MAC

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Suzuki Malaysia akan melancarkan GSX-R150, GSX-S150 dan Raider R150 Fi pada 10 Mac.

Ini diumumkan menerusi akaun media sosial rasmi Suzuki Malaysia.

Related Post

Pelancaran pada Khamis juga menyaksikan tiga model 150cc diperkenalkan semula untuk pasaran tempatan yang sebelum ini hanya dipamerkan dengan model berkuasa tinggi.

Sebelum ini, syarikat itu memuat naik teaser untuk ketiga-tiga model tersebut. Ia menunjukkan bahawa GSX-R150, GSX-S150 dan Raider R150 Fi akan dipasarkan sekitar harga RM11, XXX, RM10, XXX dan RM8, XXX.

Walaupun pelancaran dijadualkan pada Khamis, Suzuki Malaysia telah pun membuka tempahan untuk ketiga-tiga model tersebut.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah