Categories: Berita

MForce menjamin tiada kenaikan harga sehingga akhir tahun

MFORCE BIKE HOLDINGS SDN BHD TELAH MEMBERI JAMINAN KEPADA ORANG RAMAI BAHAWA TIADA KENAIKAN HARGA BAGI MODELNYA TAHUN INI.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Ketika pasaran dua roda negara merekodkan kenaikan harga, MForce Bike Holdings Sdn Bhd memberi jaminan bahawa tidak akan ada kenaikan untuk semua model di bawah pengurusan syarikat tahun ini.

Perkara itu disampaikan oleh Pengurus Besar MForce Bike Holdings Sdn Bhd, Asri Ahmad semasa pelancaran WMoto SX2 300 di X Park Sendayan, baru-baru ini.

Asri memberi jaminan kenaikan harga tidak akan berlaku bagi motosikal dari Benelli, WMoto, SYM, QJMotor dan beberapa jenama lain di bawah payung MForce, sehingga hujung tahun ini.

Related Post

Beberapa jenama motosikal lain di Malaysia telah mula menyaksikan kenaikan harga motosikal sejak awal tahun 2022.

Kenaikan harga itu disebabkan kerana kebanyakan pengeluar tidak dapat menyerap kenaikan kos yang disebabkan oleh kejatuhan nilai ringgit, kenaikan kos pengangkutan dan pelaksanaan gaji minimum.

Sementara itu, menurut laporan BH Online, harga motosikal akan terus meningkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Timbalan Presiden Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA) Datuk Tan Tien Chye berkata kejatuhan nilai ringgit merupakan faktor terbesar peningkatan itu selain kos bahan mentah yang meningkat lebih 30 peratus.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah