Categories: Berita

Empat model Kawasaki CBU secara rasmi tiba di pengedar

KAWASAKI MALAYSIA GEMBIRA MENGUMUMKAN BAHAWA Z900RS, NINJA 1000SX, VERSYS 1000SE DAN ZX-10R TELAH TIBA DI PENGEDAR TEMPATAN.

Kawasaki Z900RS

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Kawasaki Malaysia secara rasmi mengumumkan empat model Kawasaki CBU yang terdiri daripada Z900RS, Ninja 1000SX, Versys 1000SE dan ZX-10R telah pun tiba di pengedar itu.

Di sebalik ciri retronya, Kawasaki Z900RS menampilkan spesifikasi moden termasuk enjin empat silinder 848cc yang sama ditemui dalam Z900.

Hasilnya, enjin itu menawarkan 111hp pada 8,500rpm dan 98.5Nm pada 6,500. Kuasa enjin disalurkan melalui transmisi 6-kelajuan dengan bantuan klac assist/slipper.

CIRI-CIRI LAIN DI TAWARAN TERMASUK SISTEM SUSPENSI BOLEH LARAS, CAKERA BREK KEMBAR 300MM DAN KALIPER BREK HADAPAN 4-POT. MODEL INI JUGA MEMPUNYAI TANGKI 17L. IA TERSEDIA PADA RM63,800.

Kawasaki Ninja 1000SX

Kawasaki Ninja 1000SX generasi keempat ini hadir dengan enjin empat silinder 1043cc yang menjana 124.3hp dan 111Nm.

Tampil dengan rekaan sporty dan agresif seperti ZX-10R, model ini turut didatangkan dengan pelbagai pakej elektronik. Ini termasuk panel meter TFT, ‘cruise control elektronik, Kawalan Traksi Kawasaki (KFT), mod tunggangan dan ‘Kawasaki Cornering Management Function’ (KCMF).

Bagaimanapun, model ini tidak disertakan dengan ‘beg pelana’ sebagai standard, sehingga diberitahu kelak. Model itu didatangkan dengan tanda harga RM71,400.

Related Post
Kawasaki Versys 1000SE

Motosikal ‘touring’ popular Kawasaki, Versys 1000SE, kembali untuk 2022 dan hadir dengan tahap keselesaan yang lebih baik.

Menawarkan 120hp dan 102Nm daripada enjin empat silinder yang sama yang terdapat pada Ninja 1000SX, Versys 1000SE turut didatangkan dengan pelbagai elektronik moden. Ini termasuk ‘cruise control elektronik’, injap pendikit dwi dan bantuan ‘klac jenis assist/slipper’.

PENGALAMAN MENUNGGANG JUGA LEBIH MENARIK DENGAN BANTUAN ‘QUICKSHIFTER’. MODEL TERSEDIA PADA RM81,900

Kawasaki Ninja ZX-10R

Enjin 998cc 4 sebaris Kawasaki Ninja ZX-10R, juga kini berstatus Euro 5 dengan pelepasan yang lebih rendah pada masa yang sama menyaksikan pembakaran enjin yang lebih cekap sambil menawarkan kuasa sekitar 200hp pada 13,200rpm (300rpm lebih awal daripada model 2019) . ZX-10R didatangkan dengan tanda harga RM112,600.

Walaupun reka bentuknya jauh berbeza dengan model sebelumnya, Kawasaki melakukan perubahan untuk menghasilkan downforce yang lebih baik. Kawasaki juga menaikkan penghalang angin sehingga 40mm dan pasak kaki kepada 5mm lebih tinggi.

Kawasaki turut memperkenalkan paparan TFT dengan sambungan Bluetooth, butang mod tunggangan yang mudah diakses dan cruise control elektronik.

Menurut Kawasaki Malaysia, mereka yang berminat boleh memeriksa Z900RS, Ninja 1000SX dan ZX-10R di pengedar rasmi terdekat manakala Versys 1000SE hanya akan tiba mulai Disember ini.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah