Categories: Berita

GPX Demon GR200R Da Corsa 2 Edisi Terhad akhirnya tiba di Malaysia

GPX DEMON GR200R DA CORSA 2 POPULAR KINI TELAH TIBA DI MALAYSIA DENGAN TANDA HARGA RM12,588.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

GPX Malaysia terus meningkatkan segmen motosikal 200cc dengan pelancaran Demon GR200RR Da Corsa 2 Edisi Terhad untuk pasaran tempatan. Model itu didatangkan dengan harga jualan rasmi RM12,588.

Jenama motosikal Thailand ini semakin popular di Malaysia terutamanya menerusi motosikal sukan GPX Demon GR200R.

Untuk rekod, GR200R Da Corsa 2 telah dilancarkan di Thailand pada November tahun lalu. GR200R Da Corsa 2 ini adalah model edisi kedua selepas Da Corsa edisi pertama dilancarkan pada tahun 2020.

Model edisi pertama menempatkan enjin SOHC 198cc silinder tunggal dengan 2 injap. Edisi terbaru ini bagaimanapun menampilkan enjin satu silinder 198cc dengan 4 injap.

Related Post

Hasilnya, GPX Demon GR200R Da Corsa 2 menawarkan 19.1hp pada 9,000rpm dan 17.45Nm pada 7,500rpm. Kuasa enjin dihantar ke tayar belakang melalui transmisi manual 6-kelajuan.

GR200R Da Corsa 2 Edisi Terhad juga menawarkan beberapa ciri-ciri moden seperti model standard. Ini termasuk lampu LED penuh (depan dan belakang), panel meter digital berwarna, serta penggunaan tayar IRC.

Sistem suspensi terdiri daripada fork depan jenis USD yang dipadankan dengan monoshock jenama YSS di bahagian belakang. GPX juga melengkapkan GR200R Da Corsa 2 ini dengan rantai JPS yang berkualiti.

Menariknya, versi Da Corsa 2 ini turut menawarkan peta Litar Mugello di bahagian tangki sekaligus kelihatan lebih bergaya dan premium.

Menurut GPX Malaysia, GR200R Da Corsa 2 didatangkan dalam tiga warna untuk dipilih; Daytona Black, Da Corsa Blue dan Racing Grey.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah