Categories: BeritaSukan Motor

Justin Cooper menang podium ketiga berturut-turut untuk Monster Energy Yamaha

MONSTER ENERGY YAMAHA TELAH MENINGKATKAN TAHAP MEREKA DENGAN PRESTASI HEBAT DI THUNDER VALLEY MX PARK PADA HUJUNG MINGGU.

sumber gambar: Yamaha Racing

Ia adalah satu hujung minggu yang hebat untuk bintang Monster Energy Yamaha Racing Justin Cooper yang buat kali ketiga berjaya untuk mendapat tempat kedua pada Lucas Oil Pro Motocross Season di Lakewood, Colorado pada hari Sabtu. Moto pembukaan di Thunder Valley MX Park. Cuaca adalah faktor yang terbesar dalam perlumbaan hujung minggu. Pada mulanya ia kering tetapi akhirnya bendera merah dinaikkan kerana kilat di kawasan itu. Cooper memenangi Moto1 tetapi mendapat tempat kedua untuk Moto 2. Dia kemudian mendapat naib-johan pada pusingan 3.

Rakan sepasukan Dylan Ferrandis dan Colt Nichols masing-masing mendapat tempat keempat dan keenam. Rookie Ty Masterpool mendapat tempat ke-13. Pasukan ini telah mencapai 5 daripada 6 holeshots musim ini.

JUSTIN COOPER (MONSTER ENERGY YAMAHA RACING) – SEPERTI YANG BERLAKU

sumber gambar: Yamaha Racing

“Saya rasa sangat baik. Ia adalah satu lagi kemenangan baik dalam Moto 1 walaupun ia dipendekkan. Di Moto 2, saya keluar dari parit dan ia melemparkan kaki saya dari motosikal. Saya rasa kuat dan menolak sehingga akhir. Saya melakukan yang terbaik hari ini kerana semua berada dalam kawalan saya. Motosikal dan pasukan memang mengagumkan sepanjang hari dan ia menunjuk! Saya rasa saya pasti membukti banyak hari ini” kata Cooper seperti yang dipetik dari Yamaha Racing.

Related Post

DYLAN FERRANDIS (MONSTER ENERGY YAMAHA RACING) – SEPERTI YANG BERLAKU

“Keadaan hari bagus dan trek juga bagus. Kami mengalami ribut sedikit semasa Moto 1 jadi bendera merah diberi dan terpaksa berhenti sebelum akhir. Saya berjaya menamatkan di tempat ketiga, tetapi Moto 2 tidak begitu baik untuk saya. Saya mempunyai permulaan yang buruk lalu terhempas di sudut sebelum garisan penamat dan kehilangan banyak kedudukan hari ini. Kami akan bekerja semula untuk bersiap sedia untuk High Point dalam masa dua minggu. ”

COLT NICHOLS (MONSTER ENERGY YAMAHA RACING) – SEPERTI YANG BERLAKU

“Keadaan ini banyak berubah sepanjang hari dari sesi latihan hingga hujan lebat pada moto pertama, dan moto kedua mempunyai banyak parit yang sedikit melekat dari hujan. Moto pertama adalah sukar kerana saya tidak mendapat permulaan yang baik. Saya terpaksa menukar gogal dan dalam moto kedua saya tidak mempunyai kelajuan di pertengahan, tetapi saya mampu mengurus hingga tempat keempat. Kami akan terus berusaha. Saya tidak sabar untuk perlumbaan yang seterusnya.”

TY MASTERPOOL (MONSTER ENERGY YAMAHA RACING) – SEPERTI YANG BERLAKU

“Ia adalah hari pembelajaran yang hebat dengan banyak pengalaman yang diperoleh. Saya mendapat holeshot dalam moto pertama dan menunggang dengan pintar tetapi berakhir pada kedudukan keenam. Di moto kedua saya mendapat permulaan lima besar dan menunggang dengan baik namun saya berlanggar dengan penunggang jadi saya kehilangan sekitar lima tempat dan tercedera bahu. Saya akhir di tempat ke-13. Saya menikmati proses pembelajaran dan akan terus maju.”

sumber gambar: Yamaha Racing

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan