Untuk benar-benar cemerlang dalam sesuatu, anda perlu berusaha dengan gigih secara berterusan untuk beberapa tahun. Dalam kes ini, ia amat benar bagi Tamarit Motorcycles dan CV mereka. Pereka motosikal kustom Sepanyol baru sahaja mendedahkan rekaan ke-35 mereka dalam bentuk Triumph Truxton cafe.

Dengan rekaan ini, motosikal penderma bukan sesuatu motosikal karat tetapi merupakan Triumph Thruxton 1200R terkini. “Motosikal ini diberi nama ‘Sombra’, oleh sebab gaya gelapnya.” Bagi mereka yang tidak tahu, ‘Sombra’ bermakna ‘Shadow’ dalam Espanol kata Matias dari Tamarit Motorcycles.

“Motosikal ini dibeli oleh pemiliknya dari Triumph Center di Barcelona pada 2016, hanya beberapa bulan sebelum memasuki bengkel kami,” tambah Matias. “Sebenarnya pemilik pada mulanya enggan mengubahsuai motosikall barunya, tetapi apabila dia mendapat produk siap dia tahu dia telah membuat pilihan yang tepat.” Dalam kes ini, projek itu lebih berjaya daripada yang diharapkan.

Dengan pengalaman luas dan bahagian-bahagian yang didapati dengan membaiki beberapa Triumph Bonneville dan Thruxton, pasukan tersebut mempunyai banyak idea untuk pilih dari bagi membina motosikal ini. “Bagi kami, ia memang mudah kerana kami tidak perlu memotong rangka dan membuat sebarang pengubahsuaian besar terhadap motosikal ini untuk memasang bahagian-bahagian baru. Kami selalu ingin peralatan kami untuk menjadi mesra pengguna dan mudah dipasang.

Related Post

Pasukan itu telah menuntun mereka menghadapi beberapa isu. Yang pertama adalah pelarasan bracket lampu dan suspensi depan. “Suspensi Öhlins memang sangat sukar untuk dipasang dan mereka tidak mempunyai penanda bagi membolehkan anda memasukkan semula mereka ke kedudukan yang betul.” Isu lain ialah untuk meniru semula kesan keluli pada tangki bahan api dan cowl – reka bentuk yang dilihat pada binaan mereka dahulu.

“Bagi cowl, kami terpaksa ubah suai two permukaan besi untuk mendapatkan apa yang pelanggan kami mahu,” kata Matias. “Kami memang suka bagaimana cowl kelihatan dengan kesan keluli dan dipasang atas Thruxton baru ini. Ia memberi keseluruhan projek cafe ini satu personaliti besar yang menggabungkan klasik dan sporty. Tambahan pula, kami suka bahawa kami dapat mengeluarkan mana-mana bahagian sahaja.”

   

   

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan