Categories: Berita

JPJ nafi lesen kelas B2 naik dari 250cc ke 500cc

JPJ MENGESAHKAN LESEN KELAS B2 KEKAL SAMA IAITU MOTOSIKAL BAWAH 250CC.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan laporan mengatakan kelas lesen B2 dinaikkan kepada 500cc dari 250cc sebelum ini.

JPJ berkongsi di laman Facebook rasminya menafikan laporan oleh blog ebidmotor.com yang mengatakan bahawa kelas lesen B2 telah meningkat kepada 500cc.

Menurut JPJ, kelas lesen memandu B2 masih termasuk motosikal di bawah 250cc sahaja dan tiada perubahan dilaksanakan setakat ini.

Related Post

JPJ juga menggesa orang ramai untuk sentiasa merujuk kepada laman web dan media sosial JPJ rasmi untuk pengesahan sebelum mempercayai maklumat tular di media sosial.

Berdasarkan kelas lesen semasa, Lesen B (penuh) adalah untuk motosikal melebihi 500cc, manakala B1 tidak melebihi 500cc dan B2 tidak melebihi 250cc.

Manakala Lesen C adalah untuk motosikal tiga roda.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah