Categories: Berita

Polis trafik Singapura akan mendapat motosikal BMW baru tahun depan.

POLIS TRAFIK SINGAPURA AKAN RONDA DENGAN MOTOSIKAL BMW BARU.

Sumber gambar: Ultimate Motorcycling

Pasukan polis trafik Singapura akan mendapat jentera baru tahun depan dengan BMW.

Menurut The Straits Times pada Khamis, motosikal ini adalah sebahagian dari program penggantian motosikal Yamaha Diversion XJ900P lama. Para pegawai akan mempunyai jentera yang lebih baik dan selamat untuk menjalani tugas mereka. Ini akan meningkatkan keberkesanan pasukan polis trafik Singapura.

Related Post

Polis berkata bahawa motosikal akan sedia bagi tugas rondaan mulai April depan. Sumber-sumber telah mengatakan bahawa model motosikal baru adalah BMW 2019 R1250RT. Walaubagaimanapun, ini masih belum disahkan. Pihak polis dan BMW Motorrad Singapura telah menolak untuk mengesahkan model itu.

Maklumat mengenai kos motosikal agak terhad buat sementara waktu. Singgah imotorbike.my untuk maklumat terkini.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah