Categories: BeritaSukan Motor

Justin Barcia menjamin kemenangan sekali lagi di Anaheim

JUSTIN BARCIA DARI MONSTER ENERGY YAMAHA MENDAPAT SATU LAGI KEMENANGAN PADA HUJUNG MINGGU.

Justin Barcia | Sumber gambar: Yamaha Racing

Hujung minggu tidak akan dilupai oleh pasukan Monster Energy Yamaha apabila Justin Barcia mendapat satu lagi kemenangan bagi kali kedua tahun ini di Monster Energy AMA Supercross Championship di Anaheim. Rakan sepasukan Aaron Plessinger, mendapat kedudukan ke-12.

Perlumbaan ini telah berlangsung di Angels Stadium Anaheim pada Sabtu malam. Barcia mengekal prestasi baik sepanjang perlumbaan. Walaupun dia telah buat beberapa kesilapan oleh sebab keadaan litar yang mencabar dia cepat bangkit kembali untuk mendapat kemenangan tersebut. Plessinger tidak mempunyai malam yang terbaik apabila dia jatuh pada belokan pertama.

Pasukan Monster Energy Yamaha Factory Racing akan menuju ke St.Louis, Missouri Sabtu depan, 11 Januari, bagi pusingan kedua di Dome.

Related Post

JUSTIN BARCIA (MONSTER ENERGY YAMAHA FACTORY RACING)- SEPERTI YANG BERLAKU

Sumber gambar: Ultimate Motorcycling

“Ia tidak boleh jadi lebih baik dari ini. Kami mempunyai satu hari yang bagus. Perlumbaan Heat agak hebat. Saya mendapat permulaan yang baik dan menang. Dan acara utama, sangat sukar dipercayai. Sekali lagi, saya mempunyai permulaan baik dan ketuai untuk beberapa pusingan dan buat satu kesilapan dan dipotong. Saya dapat kembali dan mendapat kemenangan. Saya sangat gembira sekarang. Ia amat luar biasa! Ia akan menjadi satu musim yang panjang dan sukar. Saya ingin memastikan kami mendapat kemenangan podium,” kata Barcia seperti dipetik dari Yamaha Racing.

AARON PLESSINGER (MONSTER ENERGY YAMAHA FACTORY RACING)- SEPERTI YANG BERLAKU

Sumber gambar: Cycle News

“A1 bukan malam yang saya ingini. Saya rasa ketat semasa sesi latihan dan kelayakan. Kemudian dalam perlumbaan Heat saya jatuh dan seorang langgar lari buku lali saya. Saya terpaksa membalutnya dan keluar untuk LCQ. Saya dapat tempat pemindahan terakhir untuk Main dan mendapat permulaan terbaik. Akhirnya saya dapat selamatkan malam saya dengan tempat ke-12 dan beberapa mata penting untuk kejuaraan ini. Saya akan kembali dengan pasukan minggu ini dan ubah beberapa perkara untuk St.Louis.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan