Categories: Berita

Bajaj dan Triumph secara rasmi mula perkongsian mereka

BRITISH TRIUMPH MOTORCYCLES AND INDIA’S BAJAJ AUTO LTD HAVE OFFICIALLY SIGNED THE LONG-PENDING JOINT VENTURE AGREEMENT. THE OBJECTIVE IS TO MANUFACTURE 200CC-750CC MID-SIZED MOTORCYCLES BY 2022.

MASA LALU

Kebanyakan kami sudah tahu Triumph dan Bajaj mengumumkan perkongsian mereka pada Ogos 2017. Ini kerana permintaan untuk segmen motosikal sederhana 200-750cc meningkat di dalam dan luar pasaran India. Manakala, dua tahun kemudian, mereka akhirnya mula perkongsian mereka pada 2020.

“Triumph akan mengetuai segala perkara mengenai jenama. Tetapi perkara mengenai product termasuk pembangunan, penghasilan, kejuruteraan, pembelian dan banyak lagi akan dilakukan bersama. Bajaj akan menjaga aktiviti downstream. Ia akan mengambil masa untuk memahami segalanya.” kata Rajiv Bajaj, Pengarah Urusan, Bajaj Auto Ltd semasa acara tersebut. Menjelaskan mengapa kedua-dua syarikat mengambil masa yang lama untuk memformalkan aturan itu. Live Mint

SEKARANG

Pada Januari 24, kedua-dua pembuat motosikal telah memasuki perkongsian non-equity jangka panjang untuk menghasilkan model sederhana untuk India dan seluruh dunia. Pada sidang media di Pune, India, Chief Commercial Officer Triumph Motorcycle, Paul Stroud kata motosikal pertama Bajaj-Triumph akan sedia dari 2020 dengan tanda harga kurang daripada 2lakh bagi motosikal 200cc.

Sumber gambar: OverDrive India

Related Post

Ini adalah kali pertama Triumph Motorcycles memasuki perkongsian dengan pengeluar lain. Ini adalah kolaborasi pertama kami, ia amat penting bagi kami untuk berkembang secara antarabangsa dan mendapat permintaan dari pembeli muda di pasaran baru,” kata Nick Bloor, CEO Triumph Motorcycles seperti dipetik dari Live Mint.

Sumber gambar: OverDrive India

Perjanjian ini membenarkan Triumph untuk mendapat kekuatan Bajaj dari segi pembuatan, supply chain dan pembekalan oleh kerana Bajaj sangat berjaya dalam bidang ini di India dan juga pasaran eksport seperti Afrika. Bagi Bajaj, mereka dapat tingkatkan skala operasi dan mengambil bahagian dalam segmen motosikal premium. Ia juag membantu mereka berkembang di luar India. Manakala, motosikal-motosikal yang dihasilkan bawah perkongsian ini akan menjadi sebahagian daripada barisan motosikal Triumph.

Sumber gambar: OverDrive India

Dengan perkongsian ini, matlamatnya adalah untuk memanfaatkan kedua-dua kekuatan jenama untuk menghasil produk yang mampu memenuhi keperluan pasaran yang disasarkan. Kami tidak sabar untuk lihat apa yang akan berlaku dalam masa terdekat.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan