Categories: BeritaPetua & Cerita

Brixton 1200cc disahkan untuk pengeluaran

MENURUT SUMBER, BRIXTON BONNEVILLE 120CC DARI CHINA AKAN MASUK PENGELUARAN.

Sebahagian pengilang motosikal Brixton adalah Cina dan Austria yang khas dalam penghasilan motosikal sesaran kecil. Barisan motosikal terdiri daripada scrambler ke cafe racer dan motosikal jenis vintaj. Motosikal paling besar dalam barisan Brixton adalah Brixton Crossfire 500 yang dilancar semasa EICMA 2019. Pada pelancaran tersebut, Brixton juga memperkenalkan motosikal 1200cc konsep mereka. Menurut sumber, Brixton kini mengesah pengeluaran motosikal tersebut.

LAPORAN-LAPORAN

Brixton adalah sebahagian Austria kerana KSR Group dari Austria. KSR mengimport motosikal dari beberapa pengilang Cina seperti CFMoto. Mereka juga telah melancar semula jenama Malaguti. Sumber-sumber mendakwa Brixton 1200cc baru akan dibina di China manakala pada awalnya ia direka di pusat reka baru KSR di Krups, Austria.

Kenyataan rasmi dari Brixton mengenai pembangunan motosikal ini: “Ia menunjuk keupayaan Brixton Motorcycles untuk mencapai kelas kapasiti tinggi dan mencerminkan kecekapan pembangunan jenama kita.”

Setakat ini, nama dan spesifikasi penuh motosikal masih belum diketahui. Manakala, laporan Cina menunjukkan bahawa Brixton 1200 akan keluar dengan enjin kembar selari 1200 yang menjadikannya pesaing utama kepada Triumph T120 Bonneville. Tambahan pula, terdapat gaya tradisional British pada jentera ini.

Related Post

Tarikh pengeluaran motosikal masih belum ditentukan. Menurut beberapa sumber, Brixton belum menetapkan tarikh lagi, tetapi hanya berkata “ia memang satu tujuan yang dinyatakan bahawa motosikal ini akan memasuki siri pengeluaran.”

“Ia belum ditentukan lagi. Kami ingin mereka satu jentera matang secara teknikal tanpa tekanan dari masa yang bukan sahaja memenuhi keperluan kualiti tinggi dalam kelas kapasiti kubik ini.”

Namun, beberapa sumber mendakwa Brixton akan melancar motosikal ini jelang 2021. Bagi harga pula, tiada maklumat lanjut. Jika Brixton meletak tanda harga baik pada motosikal ini, ia pasti satu jentera yang kami tidak sabar untuk keluar.

Sumber: Bennetts

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah