Categories: Berita

JPJ dan SPAD tawar diskaun 70% bagi saman mulai Ogos!

JPJ DAN SPAD AKAN TAWAR DISKAUN 70% BAGI SEMUA SAMAN BOLEH KOMPAUN MULAI 1 OGOS HINGGA 31 OGOS TAHUN INI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN!

Bersempena dengan bulan kemerdekaan yang disambut setiap tahun pada 31 Ogos, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang menawar diskaun 70% bagi pembayaran saman mulai 1 Ogos hingga 31 Ogos 2020.

INI ADALAH CARA ANDA BOLEH BAYAR SAMAN DENGAN DISKAUN 70% DI MALAYSIA:

Menurut laman FB rasmi JPJ, bayaran boleh dilaksanakan di semua pejabat JPJ (Negeri, cawangan dan UTC) serta saluran pembayaran lain JPJ seperti Portal mySIKAP JPJ, Kiosk JPJ dan JPJ Mobile dari 1 hingga 31 Ogos 2020. Bagi mereka yang disenarai hitam, mereka dikehendaki untuk hadir ke pejabat JPJ cawangan atau negeri bagi proses dokumentasi sebelum urusan pembayaran dapat dilakukan.

Related Post

MENTERI PENGANGKUTAN, DATUK SERI DR WEE KA SIONG SAYS :

“Diskaun ini diberi bagi semua saman boleh kompaun yang dikeluarkan oleh JPJ dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah dibawahnya, termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

“Beliau turut menambah, pengurangan saman ini boleh dilaksanakan di semua pejabat JPJ (Negeri, cawangan dan UTC) serta saluran pembayaran lain JPJ seperti Portal mySIKAP JPJ, Kiosk JPJ dan JPJ Mobile.

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, thestar

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan