Categories: Berita

‘Ops Merah’JPJ, untuk mereka yang langgar lampu merah

JPJ MENGATAKAN BAHAWA MELANGGAR LAMPU MERAH BOLEH MEMBAHAYAKAN PENGGUNA JALAN RAYA YANG LAIN.

Ops Merah JPJ untuk menangkap mereka yang langgar lampu merah

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru lancar operasi khas “Ops Merah” di seluruh negara untuk menangani pelanggar lampu merah.

Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan dan Operasi JPJ, Aedy Fadly Ramli, telah mengesahkan perkara ini.

Menurutnya, JPJ melihat kesalahan melanggar lampu merah sebagai masalah serius yang boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Related Post

“Rekod nasional untuk pelanggaran lampu isyarat pada tahun 2019 adalah 22,656 kes dan kompaun dikeluarkan. Pada tahun 2020, jumlahnya turun ke 12,764 kes kerana penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO).

“Di Terengganu, melanggar lampu merah adalah kesalahan tertinggi kedua pada Ogos tahun ini dengan 476 kes,” katanya.

Kesalahan melanggar lampu merah boleh dihukum dengan saman RM300 dan denda tidak melebihi RM2,000 di bawah Seksyen 79 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan