Categories: Berita

QJMotor SRK600 kini boleh ditempah pada RM35,888

MEMBUAT DEBUTNYA DALAM PASARAN MOTOSIKAL KELAS MIDDLEWEIGHT DI MALAYSIA IALAH QJMOTOR SRK600 2022, BERHARGA RM35,888 TIDAK TERMASUK CUKAI JALAN, INSURANS DAN PENDAFTARAN.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Beberapa minggu lalu, ia dilaporkan MForce Bike Holdings Sdn Bhd akan memperkenalkan model pertama mereka di bawah payung QJMotor, SRK600. Tidak lama selepas itu, motosikal itu membuat penampilan sulung di Malaysia semasa pelancaran Benelli Best Shop Johor Bahru oleh TR Motorworld Sdn Bhd.

Tempahan kini dibuka untuk QJMotor SRK600 yang ditawarkan pada harga RM35,888.

QJMotor merupakan jenama motosikal di bawah syarikat Qianjiang yang turut memiliki beberapa jenama motosikal lain termasuk Benelli yang dipasarkan di Eropah dan beberapa negara di rantau Asia termasuk Malaysia.

Berkongsi platform dengan Benelli TNT600, SRK600 juga diperkukuh dengan kerangka jenis trellis keluli ringan dan swingarm aluminium.

Related Post

Dikuasakan oleh enjin 4-silinder 600cc dengan penyejukan cecair, SRK600 menawarkan 81.5hp dan 55Nm dengan kuasa disalurkan melalui transmisi 6-kelajuan dengan bantuan klac jenis slip.

Selain enjin berkuasa, SRK600 juga dilengkapi dengan komponen premium termasuk fork Kayaba USD (KYB) dengan penyerap hentak tunggal Marzocchi.

Aspek brek dikawal oleh angkup jenama Brembo yang dibantu dengan kehadiran ABS. Penunggang juga boleh mengakses maklumat jentera melalui paparan TFT 5 inci.

Menurut maklumat yang diperoleh sebelum ini, SRK600 merupakan salah satu model yang akan diperkenalkan untuk pasaran Malaysia yang kemudiannya akan diikuti oleh beberapa model lain.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah