Categories: Berita

Harley-Davidson akan membawa kembali Bronx?

PEMBAHARUAN TANDA DAGANG BARU-BARU INI DI AS MEMBERI SPEKULASI BAHAWA HARLEY-DAVIDSON MUNGKIN AKAN MEMBAWA KEMBALI BRONX TIDAK LAMA LAGI.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Harley-Davidson baru-baru ini memperkenalkan model Nighster berkuasa enjin Revolution Max 975T serba baharu.

Enjin 975cc dengan penyejukan cecair sepatutnya diperkenalkan lebih awal melalui model Bronx.

Harley-Davidson memperkenalkan motosikal konsep ‘Bronx’ pada 2018 dan merupakan model ‘streetfighter’ yang diperkenalkan bersama Pan America dan Sportster S pada masa itu.

Memandangkan projek Pan America dan Sportster S diteruskan dan telah pun dilancarkan, Harley-Davidson memutuskan untuk menghentikan projek Bronx berikutan strategi ‘Hardwire’ yang bertujuan untuk mengolah semula hala tuju syarikat.

Related Post

Baru-baru ini, laporan terkini mengesahkan projek motosikal ‘streetfighter’ akan dihidupkan semula selepas Harley-Davidson memfailkan semula tanda nama Bronx di Amerika Syarikat.

Berbeza dengan permohonan pada 2017 yang hanya untuk mendapatkan hak nama ‘Bronx’, aplikasi tanda nama kali ini merangkumi semua aspek termasuk ‘dengan niat untuk digunakan.

Harley-Davidson tidak pernah secara rasmi mengumumkan bahawa projek Bronx sedang dihentikan. Sebaliknya, aplikasi tanda nama Bronx buat kali kedua mengesahkan projek itu hanya digantung sementara dan bukannya dihentikan.

Namun, pada masa ini ia tidak jelas sama ada reka bentuk Bronx akan mengikuti rupa prototaip yang didedahkan lima tahun lalu.

Apa yang pasti, Harley-Davidson Bronx akan dikuasakan oleh enjin Revolution Max 975T yang sama yang terdapat pada Nightster.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah