Categories: Berita

KTM 490 akan membuat debutnya akhir tahun ini

SIRI KTM 490 BOLEH MEMBUAT DEBUT DUNIANYA LEWAT TAHUN INI DENGAN VARIAN DUKE, RC DAN ADVENTURE.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Khabar angin KTM 490 telah tersebar untuk bertahun-tahun dengan pengeluar motosikal Austria itu dijangka memperkenalkan varian Duke, RC dan Adventure.

Akhirnya, kita ada berita baik bagi peminat KTM apabila syarikat itu mendedahkan mereka akan memperkenalkan 490 model tidak lama lagi.

Menurut laporan, beberapa model KTM 490 akan dilancarkan secara rasmi hujung tahun ini.

Related Post

Berdasarkan maklumat yang dibocorkan semasa pembentangan terbaru oleh syarikat induk Pierer Mobility baru-baru ini, terdapat lima 490 model yang akan diperkenalkan untuk pasaran dunia. Ini bermakna selain 490 Duke, RC 490 dan 490 Adventure, terdapat dua lagi model 490 yang akan menyertai barisan terbaru.

Walaupun tiada maklumat tambahan setakat ini, terdapat spekulasi bahawa KTM 490 akan dikuasakan oleh enjin kembar selari 490cc.

Ini kerana rakan kongsi KTM di China, CFMoto telah pun melancarkan 450SR yang turut menggunakan enjin kembar selari.

Sementara itu, selain enjin kembar selari, model 490 itu juga dijangka dilengkapi beberapa ciri-ciri premium seperti suspensi WP, mod tunggangan, sistem ABS, kawalan cengkaman dan paparan TFT.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah