MOTOSIKAL ELEKTRIK YANG DIILHAMKAN OLEH ENJIN API ATAU BOMBA YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK SEMUA KEJADIAN YANG BOLEH BERLAKU DI BAWAH TANAH.

Tunnel Keeper direka khas untuk kecemasan terowong

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Pernah menunggang motosikal anda melalui terowong yang sesak (khususnya terowong Blackwall. Sekiranya sesuatu terburuk berlaku, bagaimana perkhidmatan kecemasan boleh sampai ke sini?

Pereka Syu Wei Chen memiliki penyelesaian yang tepat – dan memutuskan untuk membuat lakaran digital. Hasilnya adalah ini: Tunnel Keeper, motosikal elektrik yang diilhamkan oleh enjin api atau bomba yang boleh digunakan untuk semua kejadian yang boleh berlaku di bawah tanah. Kunci di sini ialah ia dapat memanfaatkan ruang-ruang sempit yang sama seperti yang dapat dilakukan oleh penunggang motosikal.

Tunnel Keeper

Selain membolehkan untuk bergerak antara trafik yang sesak untuk sampai ke tempat kebakaran, ia dapat sampai ke pemandu kenderaan yang cedera yang mungkin tidak dapat dicapai oleh jentera besar.

Related Post

Diserahkan kepada anugerah reka bentuk Core 77 dan menerima ‘Student Transportable Award’, Syu Wei Chen juga merancang keseluruhan strategi dan proses bagaimana Tunnel Keeper akan digunakan dalam situasi kecemasan.

Ia dilengkapi dengan sistem kabus air, Sistem Buih Udara Mampat (Compressed Air Foam System) dan ‘sistem ekzos asap’ untuk menyebarkan asap ketika ia berjalan, motosikal konsep elektrik akan dapat sambung ke pili bomba di tempat kejadian dan membawa mangsa yang cedera di usung yang boleh ditanggalkan.

Maklumat lengkap mengenai fungsi Tunnel Keeper ini boleh didapati di halaman Core 77.

Sumber: Visordown

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah