Categories: Berita

RASMI: Fabio Quartararo kekal bersama Yamaha hingga 2024

SELEPAS SPEKULASI UNTUK BERBULAN-BULAN, JUARA DUNIA ITU TELAH KOMITED MASA DEPANNYA UNTUK YAMAHA DENGAN MENANDATANGANI KONTRAK BAHARU SEHINGGA PENGHUJUNG 2024.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Fabio Quartararo telah menandatangani kontrak dua tahun dengan Monster Energy Yamaha yang akan menyaksikan juara dunia bertahan itu kekal dalam pasukan itu sehingga 2024.

Perkembangan terbaru itu menamatkan semua spekulasi mengenai masa depan pelumba Perancis itu bersama Yamaha.

Quartararo mempamerkan prestasi mantap dan cemerlang sejak berpindah dari pasukan satelit Petronas Yamaha SRT apabila muncul juara dunia pada musim pertamanya bersama pasukan kilang Yamaha, tahun lalu. Dia juga kini berada di posisi untuk mempertahankan kejuaraan dengan mendahului dengan 8 mata.

“Saya sangat gembira untuk mengumumkan kepada anda semua bahawa saya akan kekal bersama Yamaha selama dua tahun lagi.”

Related Post

“Yamaha percaya pada saya sejak awal lagi, dan itu adalah sesuatu yang saya tidak ambil mudah. Dengan itu, perjanjian baru ini adalah keputusan yang besar. Saya berada di titik yang hebat dalam kerjaya saya, jadi saya mengambil sedikit masa lagi untuk membuat keputusan ini.

“Saya percaya dengan projek MotoGP Yamaha, dan saya rasa Yamaha benar-benar bermotivasi. Dan sekarang setelah kami secara rasmi mengesahkan keputusan kami untuk meneruskan laluan ini bersama-sama, kami boleh memberi tumpuan sepenuhnya pada musim semasa.

“Saya ingin mengucapkan ‘Terima kasih!’ kepada orang di sekeliling saya, yang sentiasa membantu dan menyokong saya, serta kepada peminat yang menyokong saya. Saya amat menghargai sokongan semua.

Quartararo akan kembali beraksi hujung minggu ini di Grand Prix Catalan dengan matlamat untuk menang bagi memastikan kedudukannya sebagai pendahulu kejuaraan tidak terjejas.

Minggu lalu, Quartararo melepasi garisan penamat di Mugelli di belakang tuan rumah dan juara Francesco Bagnaia.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah