Categories: Berita

Aveta SVR180 tiba di pengedar bermula dari RM9,998

TERDAPAT EMPAT WARNA PADA AVETA SVR180, IAITU MERAH, BIRU, CYAN DAN HITAM.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Pasaran motosikal kapcai tempatan kini mengalu-alukan satu lagi pendatang baharu menerusi Aveta SVR180.

Muncul sebagai motosikal ‘supermoped’, Aveta SVR180 akan bersaing dengan ‘supermoped’ lain termasuk SYM VF3i dan Yamaha Y16ZR.

SVR180 ini dikuasakan oleh enjin DOHC silinder tunggal 175cc dengan penyejukan cecair dan suntikan bahan api elektronik (EFI) yang mampu menjana 16.8hp dan 15.5Nm pada 8,500rpm. Kuasa kemudiannya disalurkan ke tayar belakang dengan transmisi 6-kelajuan.

Related Post

Menurut Aveta, enjin itu turut menepati piawaian Euro 4 selain dilengkapi meter digital penuh dan port pengecas USB. Aveta SVR180 juga dilengkapi dengan lampu depan jenis LED.

Ciri ketara lain termasuk tangki 7L, fork depan teleskopik dan beratnya 125kg.

Menurut syarikat itu, SVR180 ini boleh didapati di pengedar rasmi seluruh negara pada harga RM9,998 mulai semalam, 25 Julai.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah