Seperti yang dijangkakan, pasukan Repsol Honda telah mendedahkan warna baru mereka bagi 2019 yang mana Marc Marquez dan Jorge Lorenzo akan mengguna semasa berlumba. Semasa acara yang diadakan di ibu pejabat Repsol di Madrid, Sepanyol, pasukan factory Honda dapat menyertai pada peringkat yang sama seperti  juara MotoGP.

Prototaip RC213V akan terus menunjuk fairing yang diliputi dalam warna oren, merah dan putih, warna-warna sama yang digunakan oleh penaja utama mereka Repsol, yang juga mengambil peluang untuk meraikan tahun ke-25 perkongsian dengan Honda Racing Corporation di MotoGP.

Sudah tentu penunggang utama ialah Marc Marquez, juara lima kali MotoGP, tetapi musim ini pasukan Repsol Honda telah memperolehi perkhidmatan dan bakat pelumba Sepanyol yang hebat, Jorge Lorenzo.

Selepas menunggang selama dua musim untuk Ducati, Lorenzo tiba di Repsol Honda untuk menggantikan Dani Pedrosa yang telah bercadang untuk bersara dari aksi perlumbaan pada hujung tahun 2018 selepas 13 tahun bersama Honda. Lorenzo adalah juara tiga kali MotoGP, dan keupayaannya untuk menyesuaikan diri dengan Honda RC213V baru mungkin memberi Marquez satu lagi masalah selain berjuang dengan pesaing dari pengeluar lain.

Related Post

Turut hadir di pentas ialah bekas juara Alex Crivillé dan Australian Mick Doohan, tepat pada masa untuk mendengar apa yang Presiden Honda Racing Corporation, Encik Tetsuhiro Kuwata, katakan tentang pasukan Repsol Honda untuk 2019.

“Saya tidak perlu kata apa-apa sahaja mengenai Marc, oleh kerana prestasi dan tindakannya adalah satu bukti. Bagi Jorge, kami ingin mengucapkan selamat datang kepada pasukan, dan kami yakin bahawa keputusannya untuk menerima cabaran kami menunjukkan dia adalah seorang juara yang benar. Itulah kewajipan kami untuk memberi mereka perkhidmatan sebaik mungkin, dan kami percaya tiada gabungan yang lebih baik daripada Repsol dan Honda “.

Dalam tempoh 25 tahun di mana Repsol dan Honda berkongsi kemenangan di MotoGP, mereka memenangi tidak kurang daripada 14 rider titles, 168 perlumbaan dan 427 podium dalam MotoGP dan 500 cc.

Dan jika anda berminat, anda boleh menonton video penampilan pasukan penuh di bawah!

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan