Categories: Berita

Motosikal elektrik dicetak 3D dari BigRep

Superbike, motosikal terbang, motosikal self-riding dan kini motosikal dicetak 3D. Industri motosikal ini semakin berkembang dengan penambahbaikan yang luas dalam teknologi. Jika anda tidak pernah dengar tentang Nera, inilah masanya. Motosikal elektrik- Nera – kelihatan seperti ia dari permainan video dengan reka cipta Tron yang dicetak 3D 100%.

“Idea ini adalah untuk menunjuk kepada jurutera, pereka, arkitek dan pengguna umum kemampuan percetakan 3D,” kata Stephan Beyer, Ketua Pegawai Eksekutif Nera.

“Dalam sejarah, jurutera dan pereka telah terhad dengan teknologi pembuatan seperti pengisaran dan pengacuan.”

NERA 3D Printed Motorbike | Sumber gambar: 3D Printing Industry

Related Post

BBC membuat tuntutan bahawa Nera akan mempunyai harga sebanyak £2,000. Ia adalah motosikal elektrik dicetak 3D pertama di dunia.

Reka bentuk motosikal ini amat unik dengan sudut tajam dan ciri-ciri terperinci yang mengagumkan.

“Perkara yang bagus mengenai percetakan 3D adalah anda mampu mengatasi sebarang batasan dan mereka objek dengan keupayaan baru serta mengikut set reka bentuk yang baru,” Beyer menambah.

“Sebagai contoh, rangka luar motosikal yang mengikuti reka cipta yang kami reka yang pasti tidak boleh dipasang pada motosikal tradisional”.

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah