Sumber gambar: Soy Motero

Royal Enfield baru sahaja mempamerkan dua buah motosikal kustom baru di Wheels and Waves kelima di Biarritz bulan lepas dan jika anda terlepas, ini adalah maklumat mengenai motosikal-motosikal ini.

Pertama sekali ialah Gentleman Brat, yang merupakan versi adventure tourer Royal Enfield, Himalayan. Brat mempunyai tempat duduk tunggal dengan kes storan dibawah, lampu depan terlindung, roda 16 inci spoke dengan cakera tunggal di depan dan belakang.

Sumber gambar: Maxabout News

Sumber gambar: Rush Lane

Dengan warna hijau dan kelabu, motosikal itu menonjol dengan baik dengan tayar off-road dan rantai juga terdedah. Memang satu jentera yang bergaya.

Related Post

Kedua dalam senarai adalah Royal Enfield Surf Racer yang berdasarkan platform jenama Continental GT dan direka untuk memenuhi gaya hidup matahari dan pasir. Motosikal ini mempunyai motor 535cc dan mendapat lift cam yang lebih tinggi, tong piston dimesin untuk mampatan yang lebih tinggi dan manifold inlet baru.

Sumber gambar: thairath.co.th

Sumber gambar: BikeDekho.com

Motosikal itu juga mempunyai brek cakera berkembar di hadapan dan brek cakera tunggal di bahagian belakang.

Sumber gambar: Motown India

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah