Categories: Sukan Motor

SBK – Leon Camier memerlukan lebih masa untuk pulih

LEON CAMIER MENGALAMI KECEDERAAN PADA BAHUNYA DI IMOLA. KINI DIA MEMERLUKAN LEBIH BANYAK MASA UNTUK PULIH DAN AKAN TERLEPAS SESI UJI DI MISANO

Mengikut satu lagi pertembungan dengan pelumba lain semasa sesi kelayakan Superpole pada pusingan Italian World Superbike di Imola yang telah meninggalkan Leon Camier dengan kecederaan pada ligamen bahu kirinya dan menyebabkan dia tidak layak untuk perlumbaan hujung minggu. Leon juga akan terlepas sesi uji dua hari yang akan berlangsung di Misano.

Kecederaan ini dijangka sembuh dengan sendiri dan pelumba Britain ini memerlukan lebih banyak masa pemulihan. Pembedahan pada masa ini tidak dinasihatkan, tetapi keadaan ini akan dinilai semula apabila perlu.

Related Post

Untuk ujian Misano, pasukan Moriwaki Althea Honda akan mengguna Xavi Fores dari British Superbike Honda Racing dan pelumba kejohanan All Japan Road Race JSB1000 Yuki Takakashi bersama dengan Ryuichi Kiyonari dari Moriwaki Althea Honda.

Pasukan Moriwaki Althea Honda akan menguji di Misano dalam tempoh dua hari. Honda berharap untuk mencari jalan untuk meningkatkan CBR1000RR Fireblade SP2.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah