Categories: Berita

Bajaj Auto dan Triumph Motorcycles akan bekerjasama bagi pengeluaran baru

BAJAJ AUTO DAN TRIUMPH MOTORCYCLES AKAN MEMBUAT PENGUMUMAN MINGGU DEPAN.

Sumber gambar: Cycle News

Pengeluar motosikal India, Bajaj Auto Limited dan jenama motosikal British, Triumph Motorcycles akan secara rasmi mengumumkan persekutuan mereka pada 24 Januari 2020. Kedua-dua firma ini akan bekerjasama untuk mereka motosikal saiz sederhana. Pelan ini dikenali sejak 2017 tetapi tidak mempunyai sebarang perjanjian rasmi. Walaupun tiada kenyataan mengenai motosikal apa yang dua jenama ini akan reka tetapi terdapat spekulasi bahawa ia akan menjadi motosikal kapasiti sederhana baru di India.

Menurut beberapa sumber, Bajaj akan mengguna platform sendiri untuk membina enjin baru.

“Platform motor bukan sebahagian daripada perjanjian. Perjanjian ini dari segi IP (intellectual property). Bajaj Auto mengekalkan IP yang mereka ada dan kami mengekalkan IP yang kami ada. Terdapat elemen royalti untuk hubungan itu. Sekiranya mereka membangunkan sebarang produk menggunakan IP mereka, mereka bebas untuk melakukannya, tetapi jika mereka menggunakan IP Triumph , maka kita perlu mempunyai satu perbualan,” kata Steve Sargent, Ketua Pegawai Produk, Triumph Motorcycles seperti dipetik dari First Post.

Related Post

Sumber gambar: Robb Report

Triumph telah menjalankan uji awal prototaip. Maklumat masih kurang mengenai model siap sedia akhir akan sedia secara komersial. Pengumuman itu akan memberikan butiran perkongsian antara kedua-dua jenama. Pengarah Urusan Bajaj Auto Rajiv Bajaj telah melawat ibu pejabat Triumph di Hinckley, UK lewat tahun lepas. Terdapat kemungkinan bahawa barisan baru akan tersedia pada tahun 2022.

Triumph akan memasarkan motosikal ini di India. Motosikal baru adalah untuk India, Asia tenggara, Latin Amerika dan bukan untuk pasaran maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah