DENGAN PENGUMUMAN TERKINI MENGENAI PKP, BMW MOTORRAD AUTO BAVARIA AKAN SAMBUNG OPERASI SALES DAN AFTER SALES HARI INI – 4 MAY 2020.

Pada hari Pekerja, Perdana Menteri mengumumkan kelonggaran perintah kawalan perjalanan. Untuk memulih ekonomi Malaysia, “Conditional Movement Control Order” / “Perintah Kawalan Perjalanan Bersyarat” akan mula hari ini, 4 Mei 2020. Walaupun aktiviti aftersale bersambung di beberapa pengedar tertentu bulan lepas, dengan pengumuman ini, operasi jualan juga akan sambung semula di beberapa pengedar.

BMW Motorrad Auto Bavaria mengumumkan bahawa mereka akan sambung aktiviti jualan dan selepas jualan hari ini dengan SOP tegas yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. Sudah tunggu lama untuk mendapat motosikal baru atau servis motosikal anda? Masanya telah tiba. Secara alternatif anda boleh melihat model-model terkini di bilik pameran digital mereka yang baru diumumkan!.

Related Post

Perhatian: Bagi servis aftersale, hanya dropoff tanpa sentuhan dengan janji temu akan tersedia sehingga diberitahu kelak. Jadi jangan lupa untuk membuat temu janji sebelum pergi ke sana.

Bilik pameran akan beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang pada hari bekerja dan Sabtu. 10.00 pagi – 5.00 petang pada hari Ahad dan cuti umum. Sebaliknya, pusat perkhidmatan beroperasi dari jam 8.00 pagi – 5.00 petang pada hari bekerja dan 8.00 pagi – 12.30 tengah hari pada hari Sabtu.

PENGUMUMAN

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan