NEXT-GEN YAMAHA Y15ZR / YAMAHA EXCITER RC DENGAN REKA BENTUK KEMAS KINI DAN ENJIN VVA DILIHAT SEDANG DIUJI! ADAKAH INI YAMAHA Y15ZR V3 2021/ YAMAHA EXCITER RC 155 VVA V3 AKAN DATANG?

Awal bulan Mei, kami mendapat beberapa gambar bocor tentang Exciter 155 RC VVA aka Yamaha Y15ZR di Malaysia, MX King di Indonesia dan Yamaha Sniper di Filipina. Gambar-gambar bocor tersebut telah tular di Internet dengan kapsyen “1 unit telah Y15ZR V3 telah tiba di Hong Leong Yamaha untuk diuji”, manakala kami berpendapat ia adalah berita palsu. Pada bulan Julai, laporan dari Vietnam mendakwa Yamaha merancang untuk lancar Exciter RC “kemas kini” pada bulan yang sama, tetapi ia adalah satu tuntutan palsu. Seminggu kemudian laporan dari Indonesia dan Thailand mendakwa Yamaha akan mendedah Exciter RC dan Y15ZR V3 pada 2021. Berikut adalah sesuatu yang menyokong tuntutan ini.

SPY SHOT TERKINI

Spy shot terbaru ini adalah sesuatu yang telah lama kita nantikan. Spy shot terkini menunjukkan moped sukan Y15ZR Yamaha yang menjalani ujian jalan raya di Malaysia! Oleh itu, ketibaan Y15ZR yang dikemas kini disahkan tetapi adakah ini Yamaha Y15ZR V3 yang akan datang dengan enjin 155cc VVA dan tanpa kunci (keyless)?

SPESIFIKASI YAMAHA Y15ZR V3 (SPEKULASI)

Melihat spy shot, ini adalah beberapa perkara yang telah kami dapati. Untuk mula, motosikal yang dilihat sangat mirip dengan gambar-gambar bocor yang kami dapati awal dulu. Kerja badan lebih sporty dan mempunyai lampu yang diperbaharui di sekeliling.  Walaupun kami tidak dapat menjamin; kami berpendapat bahawa Yamaha mungkin akan menyeragamkan reka bentuk dan spesifikasi motosikal di rantau Asia, jadi pembaca dari Indonesia, Vietnam, Thailand dan Filipina sila ambil perhatian.

Related Post

Memandangkan motosikal dalam spy shot sepadan dengan profil motosikal dari gambar-gambar sebelum ini, adalah selamat untuk mengandaikan Yamaha Y15ZR V3 yang akan datang berkemungkinan besar akan menampilkan pencucuhan tanpa kunci dan kluster instrumen yang dikemas kini. – Sekali lagi, ini adalah spekulasi ketika ini.

Tentang enjin, menilai dari fairing di sekitar jentera, penutup enjin dan enjin itu sendiri; nampaknya Y15ZR V3 yang akan datang akan menampilkan enjin 155cc VVA (variable valve actuation) yang sama dengan kotak gear enam-kelajuan seperti R15 dan MT15. Ciri lain yang menonjol ialah unit brek. Kita dapat melihat kaliper dua omboh di bahagian depan yang menggantikan kaliper omboh tunggal dari generasi semasa.

PELANCARAN

Oleh kerana motosikal ini sudah menjalani ujian menyeluruh; kami rasa Yamaha akan memperkenalkan moped sukan yang baru dikemas kini menjelang 2021! Ya atau tidak? Beritahu kami pendapat anda di bahagian komen di bawah!

Sumber: pertamax7, iwanbanaran

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan