Categories: Berita

Zontes ZT155-G kini di Malaysia pada RM10,800

ZONTES MALAYSIA TELAH MEMBAWA TIGA MODEL BAHARU UNTUK 2022 DAN ANTARANYA ADALAH ZT155-G.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Zontes ZT155-G adalah motosikal jenis scrambler yang datang dengan roda jenis aloi bagi pasaran tempatan. 

Model ini menampilkan enjin SOHC silinder tunggal, empat injap 155cc dengan sejukkan cecair yang tawar 18.8hp @9,250rpm dan 16Nm @7,500 rpm dan dipadankan dengan transmisi enam-kelajuan.

Namun, ciri paling menarik model ini adalah kapasiti tangkinya, 20L. Ini menjadikan ZT-155G satu-satunya motosikal dengan tangki besar dalam segmen ini. 

Related Post

Zontes juga mendakwa ZT-155G mampu mencapai jarak sejauh 1,000km.

Tambahan pula, ZT-155G turut hadir dengan beberapa ciri-ciri menarik seperti ‘crash bar’, klac jenis assist/slipper, dua mod tunggang (ECO dan SPORT), dua port pengecas USB (fast charging).

ZT-155G juga mempunyai brek dua saluran ABS. 

Menurut Zontes Malaysia, ZT-155G sudah tersedia di pasaran dengan harga RM10,888 dan ditawarkan dalam dua pilihan warna, Piao Black dan Kuning. 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah