Categories: Berita

Benelli Tornado 650, 550, dan TNT 550 didedahkan

ILUSTRASI TERKINI KETIGA-TIGA MODEL BAHARU MENUNJUKKAN BAHAWA MEREKA MASIH JAUH DARI PENGELUARAN.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, anak syarikat Qianjiang Motorcycle, QJMotor telah memperkenalkan beberapa model baharu yang dijangka turut dilancar sebagai Benelli di pasaran global.

Perkongsian ‘teaser’ terbaru daripada Benelli turut mengesahkan perkara itu apabila mendedahkan Tornado 650 dan 550 serta TNT 550. Menurut laporan, ilustrasi model itu datang daripada Benelli sendiri.

QJMotor dan Benelli telah pun mengambil langkah untuk berkongsi platform bermula dengan TRK 800 tahun lepas yang berkongsi enjin yang sama dengan QJMotor SRT 750.

Kedua-dua model itu juga berkongsi kerangka yang sama hanya dibezakan oleh aspek reka bentuk panel badan.

Related Post

QJMotor juga memperkenalkan enjin empat silinder 600cc tahun lepas. Jadi lakaran terbaru Benelli mengesahkan bahawa TNT 650 akan dikuasakan oleh enjin yang sama. Berdasarkan imej yang dikongsi, jelas model TNT 650 turut menampilkan kerangka yang sama.

Enjin empat silinder 600cc oleh QJMotor mampu menghasilkan 87hp, menjadikan itu lebih berkuasa daripada Yamaha R7.

Sementara itu, Tornado 550 dan TNT 550 turut akan dikuasakan oleh enjin yang sama daripada model QJMotor 550cc. Enjin itu juga dijangka akan menjadi enjin yang sama MV Agusta akan guna untuk model seterusnya, Lucky Explorer 5.5.

Senario ini secara tidak langsung mendedahkan jentera tersebut akan menawarkan sekitar 47hp seperti yang dimaklumkan oleh MV Agusta sebelum ini.

Walaupun perkembangan dari Benelli agak menarik, model ini masih dalam bentuk lakaran awal dan memberi gambaran bahawa Tornado 650, 550 dan TNT 550 hanya akan didedahkan kepada umum dalam tempoh setahun dua lagi.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah