Categories: Berita

KTM 250 Duke 2022 tiba di Malaysia pada RM21,500

KTM 250 DUKE 2022 KINI TIBA DALAM DUA PILIHAN WARNA, PERAK DAN HITAM, MENGGANTIKAN SKEMA WARNA PUTIH DAN OREN.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

KTM Malaysia secara rasminya melancar KTM 250 Duke untuk pasaran tempatan pada harga RM21,500.

KTM 250 Duke kini didatangkan dengan pilihan warna baharu untuk 2022, 250 Duke turut menawarkan beberapa ciri baharu termasuk subframe, suspensi belakang, reka bentuk yang lebih agresif dan swingarm serba baharu.

Related Post

Sistem suspensi depan turut dipertingkatkan dengan kehadiran fork USD 43mm daripada WP manakala sistem brek dikendalikan oleh gabungan cakera brek depan 300mm dan belakang 230mm dengan kaliper brek radial 4-pot (depan) dan satu pot belakang.

Sementara itu, 250 Duke menampilkan enjin satu silinder DOHC 249cc yang menghasilkan 30hp @9,000rpm dan 24Nm @7,250rpm.

Motosikal itu turut didatangkan dengan tangki 13.4L dan berat 136kg. Untuk pencahayaan bagi Duke 250, ia didatangkan dengan DRL LED manakala lampu utama menggunakan mentol halogen. Lampu belakang ialah unit LED. Di dalam kokpit, paparan LCD monokrom ringkas menunjukkan semua maklumat yang diperlukan dan termasuk lampu shift.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah