Categories: Berita

MForce akan lancar QJMotor SRK600 di Malaysia

SYARIKAT PEMILIK CINA BENELLI ZHEJIANG QIANJIANG TELAH LANCAR TNT 600I BAHARU DI CHINA BERJENAMA SEBAGAI QJ SRK 600 DAN MFORCE BERCADANG UNTUK MELANCARKANNYA DI PASARAN MALAYSIA.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Sekitar Oktober tahun lalu, MForce Bike Holdings Sdn Bhd mengumumkan mereka akan membawa masuk satu lagi jenama motosikal dari China yang dikenali sebagai QJ Motor.

QJ Motor merupakan antara jenama terbesar dari China di bawah naungan Qianjiang yang turut memiliki beberapa jenama motosikal lain termasuk Benelli.

Spekulasi terkini ialah MForce akan memperkenalkan model QJ Motor sulung untuk pasaran Malaysia bermula dengan SRK 600. QJ Motor SRK600 adalah motosikal jenis ‘naked’ yang telah dipasarkan di China.

Related Post

SRK600 dibangunkan menggunakan kerangka ‘teralis keluli’ yang sama seperti Benelli TNT 600.

Selain rekaan yang agresif, model ini turut hadir dengan ciri moden seperti skrin TFT berwarna dan sistem ‘tanpa kunci’. Sistem brek dikawal oleh kaliper brek Brembo M4 dibantu oleh ABS.

Menurut sumber, jentera naked dari QJ Motor ini akan dilancar tidak lama lagi memandangkan kejayaan Moto Morini X-Cape 650 MForce baru-baru ini.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah