Categories: Berita

Moto Morini lancar X-Cape 650 dan 650X di Malaysia

MOTO MORINI X-CAPE 650 (CKD) DATANG DENGAN TANDA HARGA RM39,999 (STANDARD) DAN RM43,499 (650X).

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Pada Disember tahun lalu, MForce Bike Holdings telah mengumumkan mereka akan menjadi pengedar rasmi Moto Morini untuk pasaran tempatan. Jenama motosikal Itali itu menyertai Benelli, SYM, dan WMoto di bawah payung MForce di Malaysia.

MForce kini secara rasminya memperkenalkan Moto Morini X-Cape 650 (CKD) untuk pasaran tempatan dengan harga jualan ditetapkan pada RM39,999 (Standard) dan RM43,499 (650X).

Moto Morini X-Cape 650 didatangkan dalam dua varian, dengan varian perdana 650X dilengkapi dengan ‘crash guard’, ‘bash plate’ dan ‘engine guard’ sebagai standard selain dilengkapi rim jenis soket roda (lidi).

Motosikal ADV akan didatangkan dalam dua pilihan warna, Smoke Anthracite dan Red Passion.

Related Post

Moto Morini X-Cape 650 didatangkan dengan gabungan tayar depan  dan belakang 19″ dan 17″ serta dipadankan dengan fork depan boleh laras Marzocchi 50mm dan penyerap hentak belakang KYB. Manakala sistem brek didatangkan dengan brek kaliper Brembo dengan sokongan ABS.

Ketinggian tempat duduk ialah pada 845mm untuk memastikan perjalanan yang selesa di jalan raya dan di luar jalan.

Antara ciri menarik lain motosikal tersebut termasuk tangki 18L dan skrin paparan TFT 7-inci. Ia juga mempunyai dua pengecas USB dan kerangka trellis keluli dengan swingarm aluminium.

X-Cape 650 menampilkan enjin kembar selari 649cc yang mampu menghasilkan 60hp @8,250rpm dan 56Nm @7,000rpm.

Menurut MForce, setiap pembelian Moto Morini X-Cape 650 didatangkan dengan waranti 20,000km atau dua tahun (mana-mana terdahulu). Model terbaru ini akan tiba untuk pengedaran pada bulan Mei.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah