Categories: Berita

Kawasaki Malaysia acah model baharu di laman Facebook baharu?

KAWASAKI MALAYSIA TELAH MERASMIKAN LAMAN FACEBOOK BAHARUNYA DENGAN IMEJ MISTERI DAN RAMAI MEMBUAT SPEKULASI BAHAWA IA BOLEH MENJADI MODEL BAHARU.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Ia sudah diketahui bahawa Modenas telah disahkan sebagai pengedar baharu jenama motosikal Kawasaki di Malaysia melalui anak syarikatnya EMOS (Edaran Modenas).

Kawasaki menerusi pengedaran terbaru oleh EMOS turut mengumumkan 20 pusat servis rasmi jenama motosikal Jepun itu di seluruh negara.

Baru-baru ini, Modenas turut mengumumkan laman Facebook baharu dan rasmi Kawasaki Malaysia yang akan berkongsi pelbagai berita dan perkembangan terkini mengenai jenama tersebut di sini.

Pengumuman itu turut disertakan dengan imej gelap yang memaparkan jentera Kawasaki.

Related Post

Berdasarkan analisis, model tersebut adalah Ninja 650 yang telah dipasang dengan aksesori ‘winglet’. Walaupun gambar tersebut mungkin hanya untuk tujuan promosi, namun tidak dinafikan sebelum ini EMOS telah memaklumkan model Kawasaki yang bakal dipasang di sini melibatkan model 250 hingga 650cc serta Ninja 650.

Modenas sebelum ini telah mempamerkan Modenas Ninja 250 dan mengesahkan ia akan menjadi salah satu model yang akan dijenamakan semula untuk pasaran tempatan.

Namun setakat ini semuanya masih spekulasi dan maklumat ini hanya boleh disahkan sebaik sahaja Kawasaki Malaysia/EMOS membuat pengumuman rasmi.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah