Categories: Berita

Sertai e-membership MODENAS dan nikmati ganjaran istimewa

E-MEMBER MODENAS AKAN MENIKMATI PELBAGAI FAEDAH TERMASUK DISKAUN DAN BANTUAN TUNDA 24 JAM PERCUMA.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

MODENAS secara rasminya memperkenalkan e-membership MODENAS baharu yang direka khas untuk menawarkan lebih banyak ganjaran dan tawaran menarik bagi pemilik motosikalnya di Malaysia.

Ahli boleh menikmati faedah seperti:

Related Post
  • e-baucar untuk pembelian alat ganti sehingga RM15.
  • diskaun alat ganti sehingga 15%.
  • e-baucar bernilai RM10 jika anda berjaya membawa rakan mendaftar sebagai ahli.
  • diskaun e-baucar pada hari lahir.
  • Ahli yang berdaftar juga akan menikmati bantuan tunda 24 jam percuma untuk kerosakan motosikal dalam jarak 100km (kembali ke pusat servis MODENAS terdekat).

Bagi yang berminat, pendaftaran RM60 dikenakan untuk ahli baharu, manakala ahli sedia ada yang ingin memperbaharui membership hanya dikenakan RM40.

Apatah lagi, 80 ahli terawal yang memperbaharui membership mereka juga akan menerima baucar aiskrim Baskin Robbins bernilai RM34 manakala 225 ahli seterusnya akan mendapat baucar Single Jr. Scoop bernilai RM8.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah