Categories: Berita

Benelli Panarea 125 tiba di Malaysia pada harga hanya RM6,888

BENELLI PANAREA 125 BARU MENAMPILKAN LUARAN KLASIK TETAPI DIDATANGKAN DENGAN CIRI-CIRI MODEN.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Dengan permintaan yang semakin meningkat untuk skuter gaya retro klasik, Benelli secara rasmi melancarkan Benelli Panarea 125 untuk pasaran tempatan dengan harga jualan asas RM6,888.

Walaupun penampilan klasik, Panarea 125 ini dilengkapi dengan ciri-ciri moden. Kita dapat melihat bahawa motosikal itu dilengkapi dengan lampu LED penuh depan dan belakang serta panel meter analog dan digital.

Apa yang menarik ialah Panarea 125 ini juga mempunyai sistem anti kecurian yang boleh mengurangkan risiko dicuri.

Related Post

Untuk rekod, Benelli Panarea 125 menampilkan enjin 4-lejang 124cc dengan suntikan bahan api. Ia mampu menghasilkan 8.44hp pada 7,500rpm dan 9.2Nm pada 6,000rpm. Kuasa enjin disalurkan ke tayar belakang dengan transmisi automatik CVT.

Tangki berkapasiti 4.6L memastikan skuter retro ini menawarkan penggunaan bahan api yang cekap untuk kegunaan harian. Skuter ini juga mempunyai fork depan teleskopik, penyerap hentak tunggal belakang dan lampu LED.

Setiap pembelian Benelli Panarea 125 disertakan dengan waranti pengeluar selama dua tahun atau 20,000km (mana-mana yang terdahulu).




Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah