Categories: Berita

Malaguti Spectre GP125 kapcai pertama di Eropah

DIANGGAP KAPCAI PERTAMA DI EROPAH, RAMAI KAGUM DENGAN SPEKTER GP125 MALAGUTI, MOTOSIKAL ‘UDERBONE’ TERBARU ITALI.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Motosikal jenis ‘underbone’ atau nama biasa ‘kapcai’ merupakan model popular di Asia. Setiap tahun berjuta-juta motosikal baharu jenis ini boleh didapati di Asia, terutamanya di Asia Tenggara.

Namun begitu, kapcai merupakan motosikal yang jarang dilihat Eropah. Bagaimanapun, jenama motosikal Itali, Malaguti yang terkenal dengan model skuter, menyasarkan perubahan dengan melancarkan Spectre GP125, motosikal ‘underbone’ pertama untuk pasaran Eropah.

Kelihatan seperti Honda RS150R, Malaguti Spectre GP125 menampilkan enjin satu silinder 125cc, 4 lejang dengan penyejukan udara. Ia mampu menghasilkan 10hp pada 8,500rpm dan 9.6Nm pada 6,500rpm.

Related Post

Transmisi manual 5-kelajuan mengawal kuasa enjin kapcai ini. Spesifikasi lain juga sama seperti kapcai yang didapati di Malaysia termasuk rim. Motosikal itu dilengkapi dengan brek cakera tunggal 320mm di deoan dan 190mm di belakang. Ia juga mempunyai fork depan jenis teleskopik.

Menurut laman web rasmi Malaguti, Spectre GP125 mempunyai berat sekitar 123kg dan dilengkapi dengan tangki bahan api berkapasiti 5L.

Menurut Malaguti, SpectreGP125 ini mampu mencapai kelajuan maksimum sekitar 94km/j. Ia boleh didapati di Eropah pada harga EUR2,499 (RM11.5k).

Untuk rekod, Zongshen-Piaggio menghasilkan setiap model Malaguti di China.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah