Saudi Arabia Dakar Rally | Sumber gambar: ADV Pulse

Dakar Rally adalah salah satu perlumbaan off-road yang paling mencabar tetapi penganjur acara tersebut, ASO berada dalam jalan mati dengan Dakar di Amerika Selatan, iaitu tempat perlumbaan ini berlangsung apabila ASO membatalkan acara ini di Afrika beberapa tahun yang lahun oleh sebab isu keselamatan di Mauritania. Tahun ini, buat pertama kali, Dakar dianjurkan di satu negara sahaja, Peru dan negara-negara seperti Argentina dan Chile mengatakan bahawa mereka tidak berminat untuk menganjurkan acara ini oleh kerana mereka tidak mempunyai wang untuk melabur.

Untuk mencari jalan penyelesaian, ASO telah bertungkus-lumus dan mungkin telah mendapat penyelesaian untuk masalah ini: Membawa Dakar Rally ke Afrika.

Ini adalah sesuatu yang banyak peminat Dakar dan pesaing telah meminta bertahun-tahun, dan kini Dakar Amerika Selatan nampaknya telah kehilangan minat, kembali ke Afrika kelihatan sangat menjanjikan, terutama sejak penganjur ingin mengubah perlumbaan dan susunannya.

Walaupun ini hanya khabar angin, Angolan Motorsport Federation mungkin telah mendedahkan sususan untuk Dakar Rally seterusnya pada Facebook mereka, yang memberi harapan kepada mereka yang ingin perlumbaan ini kembali ke Afrika.

Related Post

Dakar Rally Afrika baru ini menyeberangi negara-negara seperti Afrika Selatan (bermula dan selesai di Cape Town), Namibia, Angola (titik tengah untuk kembali ke Afrika Selatan) atau Botswana.

Pada post Facebook, Angolan Motorsport Federation tambah frasa “ Laluan yang baik untuk Dakar Rally” sebagai keterangan foto.

Adakah ini pengesahan yang tidak rasmi mengenai pengembalian Dakar Rally ke Afrika tahun depan?

Kami hanya akan tahu dalam masa yang akan datang, tetapi ia pasti menarik untuk melihat Dakar di Afrika, dengan landskap yang berbeza dan cabaran yang lebih besar untuk pesaing dan pasukan.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan