Arlen Ness | Sumber gambar: The Mercury News

Tidak ada banyak pembina motosikal kustom yang mempunyai legasi sehebat seperti Arlen Ness, dan dengan kesedihan kita menulis bahawa “Raja Kustom” telah meninggal dunia pada usia 79 tahun, di rumahnya di California, dikelilingi oleh keluarganya.

Dilahirkan pada bulan Julai 1939, Arlen Ness pada usia muda menunjukkan bakatnya untuk membina motosikal unik menggunakan alat dan tangannya. Dia membeli motosikal pertamanya, Harley-Davidson, pada tahun 1947, dan walaupun pada usia muda, Arlen Ness mula mengubahsuai motosikal itu, mereka sesuatu yang unik.

Beliau kemudian membuka sebuah kedai pada tahun 1970-an di mana beliau bekerja dengan aluminium, dan beberapa tahun kemudian dia memutuskan untuk mengambil pengubahsuaian motosikal secara serius, dan membuka kedainya yang bertuju untuk mengubah suai motosikal ke beberapa motosikal kustom unik dan gila yang telah pernah dilihat!

Related Post

Arlen Ness’s Mech Ness | Sumber gambar: Badass Helmet Store

Arlen Ness bukan sahaja membina motosikal sepanjang kehidupannya, serta memberikan namanya kepada model motosikal dari pengeluar besar seperti Victory dan Indian, tetapi dia juga akhirnya membuat jenama pakaian tersendiri. Perniagaan tersebut berkembang dengan baik sehingga anaknya Cory dan anak saudaranya Zach juga menyertai perniagaan Arlen Ness, dan kini menguruskan perniagaan kedai.

Seorang lelaki yang menyukai motosikal, Arlen Ness meninggal dunia minggu ini di California, tetapi tidak sebelum beliau meninggalkan warisannya di dunia dua roda. Motosikal seperti Mach Ness, motosikal yang futuristik, atau Ness Stalgia, motosikal yang diilhamkan oleh hot rod Amerika pada tahun 50-an, akan hidup dan memastikan generasi penunggang masa depan akan mendapat inspirasi dari kerja hebat Arlen Ness.

Arlen Ness and the Iconic Ness-Stalgia | Sumber gambar: Harley Davidson Forum

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan