Categories: Sukan Motor

MotoGP – Litar Finnish Kymiring mengesahkan ujian pada Ogos

Litar Finnish Kymiring | Sumber gambar: Reddit

Dorna ingin membawa acara MotoGP ke lebih banyak negara dan selepas pengumuman mereka bahawa Indonesia akan menganjurkan pusingan World Champion pada 2021 dengan litar street pertama di MotoGP. Kini litar Finnish Kymiring telah mengesahkan bahawa pasukan ujian MotoGP boleh mencuba litar baru di Finland.

Kymiring akan menerima kunjungan semua pasukan ujian dan pemandu uji semua pengilang yang terlibat dalam MotoGP, dengan matlamat untuk mencuba asfalt dan segala ciri keselamatan yang dipasang pada litar baru supaya layak untuk menganjur perlumbaan MotoGP .

Related Post

Ogos 19 and 20 adalah hari di mana prototaip MotoGP akan menyentuh asfalt Kymiring buat pertama kali dan jika semuanya berjalan dengan lancar, Dorna akan memasukkan Finland sebagai salah satu negara yang akan dkunjungi oleh World Championship setiap tahun mulai 2020.

Perjanjian kini antara Dorna dengan pasukan MotoGP mengatakan bahawa satu musim hanya boleh mempunyai maksimum 20 perlumbaan, dan menurut musim kalender musim ini, terdapat hanya 19 perlumbaan. Jadi, menambah Kymiring ke kalendar bermakna kita akan mencapai bilangan maksimum perlumbaan yang dibenarkan, dan itu juga bermakna bahawa pada tahun 2021, apabila Indonesia menyertai “party“, salah satu litar kini perlu keluar dari kalendar MotoGP.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah