Adrien Van Beveren in Merzouga Rally | Sumber gambar: France Bleu

Pelumba pasukan Yamalube Yamaha Rally Adrien Van Beveren telah kembali ke perlumbaan rali. Ini akan menjadi kali pertama Adrien Van Beveren sejak penampilan terakhirnya di Dakar Rally 2019 terkini. Pelumba Perancis ini telah bersaing dalam Merzouga Rally pada ahad, 31 Mac dan mempunyai matlamat untuk mencapai kemenangan di acara Moroccan dengan jentera WR450R-nya.

Van Beveren kini merupakan wakil rasmi Yamalube Yamaha Rally untuk bersaing dalam rali Merzouga. Menunggang dengan # 1 di atas jenteranya, dia akan bersaing selama lima hari. Rali ini akan bermula dengan empat peringkat di gurun selatan Morocco, penuh dengan navigasi yang mencabar. Seterusnya, ia akan diteruskan di bandar Erfoud yang menandakan GP Extreme telah pun tamat.

Related Post

“Saya rasa amat teruja untuk kembali ke padang pasir. Ini adalah persaingan pertama tahun ini untuk kami tetapi selepas Dakar saya telah bekerja keras. Ia amat penting bahawa sebagai satu pasukan kita harus berusaha dengan gigih untuk Dakar seterusnya. Saya rasa sangat baik. Saya baru sahaja menamatkan tiga hari latihan navigasi dan bersama dengan penambahbaikan yang kami buat kepada jentera, saya tidak sabar untuk berlumba di Merzouga,” kata Adrien Van Beveren seperti yang dipetik daripada Yamaha Racing.

“Semua orang tahu bahawa navigasi dalam perlumbaan ini sangat rumit, dengan kelajuan purata yang jauh lebih renda berbanding dengan Dakar. Tetapi latihan navigasi memang begitu, jadi ia amat penting untuk berada di sini. Juga, sebagai perlumbaan ASO ia adalah baik untuk kami. Hari-hari yang akan datang akan mencabar kami, tetapi saya benar-benar menikmati perlumbaan ini dan sekarang ini adalah kali ketiga saya bersaing di sini, dan dengan pengalaman lebih banyak daripada sebelum ini”.

Pasukan ini menyaksikan kemenangan dalam Merzouga Rally edisi 2017 dengan Xavier de Soultrait. Kali ini, Adrien Van Beveren bersiap sedia untuk memberikan kualiti yang lebih baik untuk mengekalkan tajuk rali untuk Yamalube Yamaha Racing Team.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan