JENAMA UTAMA, ENERGICA DAN DELL’ORTO TELAH BERSEKUTU UNTUK MENGELUARKAN UNIT KUASA BARU BAGI KENDERAAN ELEKTRIK KECIL DAN SEDERHANA.

Energica Ego | Sumber gambar: Top Speed

Jika anda belum lagi tahu, Dell’Orto dan jenama motosikal elektrik Energica telah bersekutu untuk membangun serta mengeluarkan unit kuasa baru bagi kenderaan jenis elektrik. Dell’Orto dikenali dengan penglibatan mereka dalam enjin pembakaran dalaman. Kali ini pula, syarikat ini akan bercabang ke sektor kenderaan elektrik. Menurut firma, kedua-dua syarikat ini akan membangun unit kuasa bagi motosikal elektrik jenis kecil dan sederhana.

Sumber gambar: Energica

Projek ini mempunyai matlamat untuk meningkatkan motorisation elektrik dalam sektor dua roda. Ini boleh dilakukan dengan ilmu Energica dan kemahiran reka cipta Dell’Orto dalam sistem injection.

“Oleh-sebab kemahiran dan ilmu yang dikenali di peringkat antarabangsa, Energica mempunyai matlamat untuk mula pembangunan motorisation ini. Ini adalah dengan memperluaskan tawaran kami dengan segmen besar dengan potensi pertumbuhan yang tinggi di dunia. Pasukan kami sudah mengusahakan penyelesaian baru untuk memenuhi tuntutan pasaran baru, “kata Livia Cevolini, CEO Energica Motor Company S.p.A. seperti yang dipetik dari siaran akhbar.

Related Post

Sumber gambar: Top Speed

Energica Motor Company merupakan salah satu syarikat teratas yang menghasilkan motosikal elektrik berprestasi tinggi. Tambahan pula, ia adalah hanya satu pengeluar bagi FIM Enel MotoE World. Dengan perjanjian ini, Energica akan dapat memberi tumpuran terhadap perkembangan mereka dalam sektor EV kecil dan sederhana. Ini dijangka tumbuh dengan ketara dalam beberapa tahun.

“Cabaran ini juga mewakili kehendak berterusan Dell’Orto untuk membuat pembaharuan bukan sahaja dalam sektor utama enjin pembakaran dalaman tetapi juga dalam bidang mobiliti mampan bandar yang kita anggap sebagai salah satu sektor yang paling pesat berkembang untuk traction elektrik masa depan”, kata Davide Dell’Orto CTO Dell’Orto Spa.

Sumber gambar: Top Speed

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan