MOTOSIKAL ELEKTRIK HARLEY-DAVIDSON LIVEWIRE MUNGKIN KELUAR DI PASARAN INDIA TIDAK LAMA LAGI.

Harley-Davidson LiveWire

Motosikal utama Amerika Harley-Davidson telah menyenaraikan motosikal elektriknya LiveWire pada laman web Indian. Pengilang motosikal telah senaraikan motosikal ini di bawah kategori kenderaan masa depan yang memberi tanda pengeluarannya akan berlaku di India.

Menurut Indian Autos Blog, ia akan mengambil masa untuk Harley-Davidson LiveWire sampai ke India. Bagi harga pula, motosikal ini mempunyai tanda harga USD 29,799 yang lebih kurang sekitar INR 20.43 lakh. Cukai dan duti akan menaikkan kos lebih tinggi dan harga bilik pameran di India akan lebih tinggi.

Related Post

Jika anda terlepas gembar-gembur LiveWire, Harley-Davidson kini telah umumkan spesifikasi motosikal ini. Ia akan mempunyai jarak gerak 235km/full charge. Dengan pengecasan pantas DC, bateri pek 15.5 kWh dapat cas hingga 80% hanya dalam 40 minit manakala ia akan mengambil masa sejam untuk cas penuh. Sebaliknya, wall-charger jenis AC akan mengambil hingga 12 jam 30 minit.

LiveWire mempunyai 7 mod tunggang. Ia mempunyai Reflex Defensive Rider Systems (RDRS) pembantu elektronik. Ini termasuk Cornering Anti-Lock Braking System (C-ABS), Cornering Traction Control System (C-TCS) dan Drag-Torque Slip Control System (DSCS).

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan