ALEX MARQUEZ MEMBUAT PENAMPILAN PERTAMA MOTOGP-NYA BERSAMA ABANG DAN JUARA DUNIA MARC MARQUEZ DI VALENCIA.

Alex Marquez | Sumber gambar: Detik

Musim 2019 MotoGP akhir pada hujung minggu dengan perlumbaan muktamad di Valencia, Sepanyol. Para pelumba turut melalui uji pra-musim tradisional dengan pelumba musim 2020 di Circuit Ricardo Tormo. Marc Marquez dan adiknya Alex Marquez turut menghadiri uji ini.

Juara baru ini tidak menghentikan momentumnya kerana pelumba Sepanyol ini telah mula mempertahan gelaran 2020-nya dua hari selepas mendapati kemenangan ke-12 bagi 2019. Dia selesai sejumlah 60 pusingan dan adalah lima terpantas dengan rekid 1’30.698 walaupun jatuh di Turn 13.

Juara dunia Moto2 Alex Marquez dapat mencuba RC214V baru buat kali pertama semasa sesi uji. Dia terhempas di Turn 10 tetapi tidak cedera. Dia selesai 53 pusingan sebagai pelumba HRC terpantas dengan masa catatan 1’32.873.

MARC MARQUEZ (REPSOL HONDA TEAM)- SEPERTI YANG BELAKU

Sumber gambar: Honda Racing Corporation

Related Post

“Saya gembira dengan keputusan keseluruhan hari ini. Kami dapat cuba motosikal untuk 2020 dan mula memahaminya. Saya terjatuh di Turn 13 tetapi tiada masalah pada motosikal. Esok kami akan memberi tumpuan terhadap beberapa kawasan untuk memahami beberapa perkara lagi. Ia akan menjadi satu hari lagi yang sibuk tetapi saya tidak sabar untuk meneruskan kerja kami,” kata Marquez seperti dipetik dari Honda Racing Corporation.

ALEX MARQUEZ (REPSOL HONDA TEAM)- SEPERTI YANG BERLAKU

Sumber gambar: Honda Racing Corporation

“Pertamanya, saya ingin mengucap terima kasih kepada Honda kerana memberi saya peluang untuk menyertai mereka sebagai juara dunia Moto2. Pada setiap pusingan kami dapat bertambah baik. Saya dapat menikmati setiap saat atas motosikal ini. Saya amat gembira kerana ia adalah satu hari yang positif selain dari kesalahan rookie. Irama saya amat baik dan saya tahu dimana saya perlu perbaiki dan fokus untuk esok. Pelan untuk esok adalah untuk memastikan saya boleh membuat lebih pusingan supaya saya boleh memahami dengan lebih teliti jentera ini”.

Marc Marquez | Sumber gambar: Honda Racing Corporation

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan