Categories: Berita

KTM 890 Adventure R terima kemas kini baru untuk 2023

KTM 890 ADV INI BARU MENJADI LEBIH GANAS DENGAN BANYAK KEMASKINI PERKAKASAN DAN PERISIAN UNTUK MENINGKATKAN VERSATILITINYA.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Sejak pelancarannya, KTM 890 Adventure R telah diiktiraf untuk keupayaan off-road dalam segmen mid-range. Bagi memastikan model tersebut terus menonjol dalam segmennya, KTM telah melaksanakan peningkatan terbaru untuk model tersebut.

Baharu untuk 2023 ialah fork depan WP XPLOR dan ‘monoshock’ WP XPLOR PDS boleh laras yang diinspirasikan oleh jentera rali Dakar, Rali KTM 450.

Kehadiran sistem suspensi terkini secara langsung meningkatkan tahap keupayaan 890 Adventure R di permukaan ‘off-road’.

Related Post

KTM 890 Adventure R turut menerima ‘fairing’ baharu untuk 2023, termasuk tangki yang direka bentuk semula untuk meningkatkan aerodinamik dan ergonomik penunggang.

Selain itu, KTM turut mereka bentuk semula bahagian penghadang angin yang kini lebih rendah di samping meningkatkan tahap pandangan penunggang ketika menunggang ‘off-road’.

Turut dinaik taraf ialah fender depan yang kini lebih tinggi dan pengawal enjin. KTM 890 Adventure R turut mendapat paparan skrin TFT 5 inci serba baharu yang dilengkapi dengan sistem navigasi.

Unit kawalan ABS juga dinaik taraf dengan sensor 6D bersama tetapan ABS Luar Jalan yang baharu. Pengguna juga boleh memilih pakej Mod Rally yang ditawarkan secara berasingan.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah