Categories: Berita

Grand Prix Jepun mungkin dibatalkan kerana Taufan Nanmadol

SIRI AMARAN CUACA MELAMPAU TELAH DIKELUARKAN UNTUK JEPUN MENGHADAPI TAUFAN SUPER NANMADOL, SEBUAH RIBUT TROPIKA YANG DIRAMALKAN MENJADI SALAH SATU YANG PALING KUAT DALAM REKOD.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Pusingan 16 MotoGP yang akan berlangsung di Jepun berkemungkinan besar akan dibatalkan kerana amaran cuaca yang membimbangkan.

Litar Motegi dijadual menerima kunjungan daripada Kejohanan Dunia MotoGP dari 23 hingga 25 September. Bagaimanapun, acara itu menghadapi ketidaktentuan berikutan Taufan Nanmadol ganas semasa yang melanda Jepun baru-baru ini. Taufan itu telah membawa ombak dan ribut yang tidak pernah dilihat sebelum ini di kebanyakan tempat di Jepun.

Menurut laporan di Jepun, Taufan Nanmadol – setanding dengan taufan Kategori 5 dalam kekuatan – diramalkan akan melanda wilayah Kyushu. Lebih empat juta orang telah dipindahkan setakat ini.

Related Post

Walaupun taufan itu dijangka melanda bahagian paling selatan Jepun dan jauh dari Litar Motegi, ramalan cuaca mendedahkan bahawa taufan itu masih akan melalui Tokyo.

Taufan itu turut menjejaskan sektor logistik di Jepun. Oleh itu, kerajaan Jepun telah menghentikan perkhidmatan ‘kereta api peluru’ (shinkasen). Penerbangan juga dijangka terganggu apabila taufan Nanmadol melanda.

Dorna dan IRTA juga menyedari perkara ini dan sebarang perubahan jadual akan dibuat sebelum pasukan MotoGP berlepas.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah