EICMA MILAN 2019 BERJALAN LANCAR BAGI PELUMBA HONDA KEVIN BENAVIDES DAN RICKY BRABEC.

Sumber gambar: Honda Racing Corporation

Jika anda terlepas, EICMA Motorcycle Show 2019 telah berlangsung minggu ini di Milan, Itali. Yang turut menghadiri acara berprestij ini adalah beberapa jenama terbesar dalam industri motosikal. Ini termasuk Honda dan pasukan kilang HRC bagi musim 2020. Sempena dengan itu, ahli Monster Energy Honda Team Kevin Benavides dan Ricky Brabec juga menghadiri acara ini.

Beberapa ahli pasukan tidak dapat menghadiri acara ini. Ini kerana mereka sedang bersiap sedia untuk Dakar Rally yang akan datang. Benavides dan Brabec hanya dua sahaja dari pasukan bersama Pengurus Besar yang dapat pergi ke Milan. Menyertai mereka adalah Pengurus Besar, Ruben Faria dan Penyelaras Pasukan, Miguel Santos.

Sumber gambar: Honda Racing Corporation

Related Post

Kedua-dua ini telah mengambil masa untuk melawat beberapa penaja dan kolaborator termasuk Motul, Alpinestars, Showa, GIVI, Acerbis, Termignoni. Yang lain seperti Honda dan Redmoto turut menunjuk sokongan mereka. Semua jenama telah menyatakan hasrat mereka untuk usaha pasukan yang akan datang pada Dakar Rally 2020, yang akan berlangsung pada 5 Januari di Saudi Arabia.

EICMA Motorcycle Show 2019 akan bersambung hingga Ahad, 10 November. Honda CRF450 RALLY yang dimiliki oleh Monster Energy Honda Team boleh dilihat di Pavilion 22, stand O 48 dan stand Termignoni, Pavilion 15 Q 08.

Sumber gambar: Honda Racing Corporation

Sumber gambar: Honda Racing Corporation

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan