HONG LEONG YAMAHA MOTOR MALAYSIA BARU MEMBUAT PENGUMUMAN PANGGIL BALIK BAGI YAMAHA TRACER 900 GT. INI ADALAH SEMUA YANG ANDA PERLU TAHU.

Bagi pemilik-pemilik Yamaha Tracer 900 GT, ini adalah satu pengumuman penting. Yamaha Motor Malaysia baru mengumumkan panggil balik untuk Tracer 900 GT untuk mengganti front stop switch. Motosikal Yamaha Tracer 900 GT yang dipanggil balik adalah bagi mereka dengan nombor kerangka;  PMYRN6110K0000101 ke 0000620 dan PMYRN6110L0000621 ke 0000900. Jadi jika anda memiliki sebuah Yamaha Tracer 900 GT di Malaysia, pastikan untuk memeriksa semula nombor kerangka untuk tahu jika motosikal anda terjejas. Panggil balik ini sedang dilakukan mengikuti wilayah secara berperingkat.

Related Post

HLYM mengumumkan bahawa mereka akan menghantar notis individu kepada pemilik unit yang terjejas mulai akhir Mei 2021. Setelah menerima notis itu, pemilik disarankan untuk menghubungi peniaga sah Yamaha atau cawangan Hong Leong Yamaha Motor untuk membuat janji temu untuk mengganti bahagian yang terjejas . Untuk maklumat hubungan, sila rujuk kepada laman web rasmi HLYM atau Aplikasi Mudah Alih Yamaha Motor Malaysia. Untuk membaca pengumuman panggil balik rasmi, sila klik di sini.

Sumber: HLYM

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan