Categories: Berita

Benelli TRK 502 X ditingkatkan dengan swingarm aluminium

BENELLI TRK 502 X KINI DIDATANGKAN DENGAN SWINGARM ALUMINIUM, SKRIN TFT DAN BEBERAPA PILIHAN WARNA.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Benelli telah melaksanakan beberapa peningkatan terkini untuk motosikal popularnya, TRK 502 X.

Menurut laporan, TRK 502 X kini dilengkapi dengan swingarm aluminium dan skrin TFT.

Bukan itu sahaja, tetapi model 2022 turut menyaksikan penambahan ciri penderia tekanan tayar dan ‘heated grips’.

Related Post

Namun, peningkatan yang mencuri tumpuan ramai terarah pada bahagian ‘swingarm’ dengan Benelli mendakwa penggunaan bahan aluminium menyaksikan berat jentera berjaya dikurangkan sebanyak 3.5kg.

Walaupun begitu, bahagian nadi kekal sama kerana TRK 502 X dikuasakan oleh enjin kembar selari 500cc yang menjana 47.6hp dan 46Nm.

Selain enjin, reka bentuk TRK 502 X turut dikekalkan kecuali beberapa penambahan warna baharu.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah