Categories: Berita

Aprilia Shiver 900 akan dihidupkan semula sebagai Gilera

JENAMA MOTOSIKAL GILERA AKAN DIBANGKITKAN DENGAN APRILIA SHIVER BARU.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Mac lalu, paten muncul merujuk kepada enjin DOHC V-Twin 896cc sama yang didapati pada Aprilia Shiver dan Dorsoduro.

Bagaimanapun, paten itu disertakan dengan lencana Gilera sekali gus menandakan jenama ikonik untuk pasaran global.

Laporan terbaru mengesahkan projek Gilera akan diteruskan oleh rakan kongsi Piaggio di China, Zongshen yang kini mengeluarkan jenama motosikal Aprilia di pasaran Asia.

Zongshen sebelum ini telah memperkenalkan model prototaip RA9 yang menampilkan enjin sama yang terdapat pada Shiver 900. Namun, RA9 didatangkan dengan panel badan serba baharu dan reka bentuk yang nampaknya berbeza dari rupa Aprilia Shiver 900.

Related Post

Apa yang menarik ialah beberapa gambar baru yang diambil di China turut mengesahkan Aprilia Shiver 900 akan dijenamakan semula sebagai Gilera.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, walaupun motosikal tersebut berselindung di sebalik grafik ‘camo’, ia jelas reka bentuk motosikal tersebut menampilkan Aprilia Shiver 900.

Lencana Aprilia turut telah digantikan dengan Gilera dan terpampang pada skrin TFT serta lampu depan.

Perkembangan terbaru ini juga memberi gambaran bahawa beberapa model Aprilia sebelum ini termasuk Dorsoduro dan Caponord akan diteruskan di bawah jenama Gilera untuk pasaran global.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah