Categories: Berita

Ducati sedia untuk kembali ke EICMA 2022 pada November

PAMERAN MOTOSIKAL EICMA 2022 AKAN DITERUSKAN DENGAN SALAH SATU NAMA TERBESAR DI PUSAT PAMERANNYA SELEPAS DUCATI MENGESAHKAN IA AKAN KEMBALI UNTUK EDISI 2022.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Jenama motosikal mewah Itali, Ducati akan kembali menyertai pameran motosikal terbesar EICMA edisi 2022.

Ducati terlepas saingan edisi 2021 tahun lalu kerana memberi tumpuan kepada pelancaran motosikal menerusi siaran langsung ‘Ducati World Premier’ (DWP).

EICMA 2021 turut diadakan tanpa beberapa jenama terkemuka seperti BMW dan KTM dengan masing-masing memilih untuk memperkenalkan model baharu secara sendiri dan dalam talian.

Namun, jenama Borgo Panigale sekali lagi akan memeriahkan lagi EICMA yang akan berlangsung dari 8 hingga 13 November ini.

Related Post

“Satu peluang yang luar biasa dan tidak boleh dilepaskan – kata Giacomo Casartelli, Pengarah Eksekutif EICMA – untuk mengekalkan perhatian pada acara kami dan menikmati majlis itu bersama semua peminat motosikal Merah Borgo Panigale, yang juga peminat dan pelawat EICMA.

“Kami gembira dapat melakukannya di tempat yang kaya dengan kepentingan, di mana jantung berdegup kencang untuk motosikal dan lebih-lebih lagi, untuk pengetahuan istimewa Itali yang ditafsirkan dengan cemerlang oleh Ducati.

“Pada masa yang sama, kami gembira kerana kerjasama ini akan diteruskan semasa pameran dua roda Antarabangsa edisi 2022.”

Ini kerana walaupun DWP berjaya menarik pelanggan, EICMA sentiasa menjadi platform yang lebih berkesan dalam menarik minat orang ramai, apatah lagi pelanggan dapat melihat model terbaru Ducati dengan lebih dekat.

Bagaimanapun, Ducati turut mengesahkan bahawa semua pelancaran motosikal baharu di EICMA 2022 juga akan disiarkan secara langsung sebagai Ducati World Premier 2023.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah