Categories: Berita

Kawasaki mendedahkan motosikal hibrid dan elektrik baharu di Suzuka 8 Hours

MODEL HIBRID DAN ELEKTRIK KAWASAKI DIDEDAHKAN DI ACARA SUZUKA 8 HOURS.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Pengeluar motosikal Jepun, Kawasaki, membuat kejutan pada hujung minggu di Suzuka 8 Hours apabila ia mendedahkan dua jentera baharu yang akan dilancarkan.

Firma itu mengumumkan pengeluaran model hibrid dan elektrik pada November 2020.

Berdasarkan video yang dikongsi, model elektrik pertama muncul dan mendapat inspirasi daripada varian ‘Z’.

Related Post

Motosikal seterusnya adalah model hibrid dan menampilkan rekaan berasaskan varian ‘Ninja’ pada masa yang sama menampilkan panel badan penuh (full-fairing).

Menerusi video pendek itu, versi hibrid (HEV) kelihatan lebih besar berikutan penggunaan dua enjin (petrol dan elektrik) dan menghasilkan bunyi yang lebih ketara manakala model elektrik pula kelihatan lebih kecil.

Malangnya, Kawasaki masih senyap mengenai spesifikasi kedua-dua motosikal tersebut. Bagaimanapun, melihat pada jentera hampir siap, pelancaran rasmi pasti akan berlangsung tidak lama lagi.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah